Thursday, December 31, 2009

LOGO INDAH KEMBARA

LOGO YANG DIGUNAPAKAI SEKARANG

LOGO ORIGINAL

PADU 2009/2010



ANDA BERPENGALAMAN DALAM BERPANTUN???
ANDALAH YANG KAMI CARI!!!

Sertai kami dalam Pesta Pantun Antara Desasiswa (PADU 09/10)

Tarikh: 22, 23 & 24 Januari 2010
Tempat: Dewan Kuliah Utama, USM

Hubungi kami sebelum 4 Januari 10
Yana: 019-5404416
Ain: 013-6448094
Izad: 013-3997711

Penyertaan pelbagai etnik amat digalakkan.

" BUDAYA LESTARI, PANTUN LESTARI"
~SaYaNGi iK~

SUKAD 2009/2010


Sertai kami dalam Sukan Antara Desasiswa (SUKAD 09/10) yang akan dijalankan dalam 3 fasa di ketiga-tiga kampus USM.

KAMPUS INDUK
Fasa 1: 29/30 & 31 Jan
: 5, 6 & 7 Feb

KAMPUS KESIHATAN
Fasa 2: 26. 27 & 28 Feb

KAMPUS KEJURUTERAAN
Fasa 3: 6, 6 & 7 Mac

Antara acara yang dipertandingkan ialah hoki, bola sepak, ragbi dan banyak lagi. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi nombor yang tertera dibawah.
Ina:013-9721776
Nisa:017-3496078
Zuki:019-3144019

** Unit desa disediakan


" BERSUKAN MENJANA MINDA YANG CEMERLANG"
~ SaYaNGi iK ~

Wednesday, December 16, 2009

Tuesday, December 15, 2009

Salam Awal Muharam 1431H

Dari sudut bahasa, hijrah bermaksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat atau berubah dari satu keadaan kepada satu keadaan lain. Dari sudut istilah pula, hijrah adalah meninggalkan sesuatu yang dilarang. Ini berdasarkan hadis daripada Abdullah bin Habsyi, bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah.” (Hadis riwayat Abu Dawud)

Dalam makna yang lebih luas, hijrah difahami sebagai perpindahan dari suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik. Contohnya, meninggalkan ajaran bertentangan dengan Islam dan kembali kepada ajaran Islam sebenar. Pada asasnya, peristiwa hijrah bukan saja berlaku kepada Nabi Muhammad tetapi turut dilakukan oleh nabi yang lain atas perintah Allah. Nabi Ibrahim umpamanya diperintahkan Allah berhijrah ke satu tempat yang lain seperti mana firman-Nya al-Quran yang bermaksud: “Setelah Nabi Lut beriman kepada-Nya dan Nabi Ibrahim pun berkata: Aku hendak berhijrah kepada Tuhanku, sesungguhnya Dialah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah al-Ankabut, ayat 26).

terhadap baginda. Selain itu, banyak ayat al-Quran yang menerangkan peristiwa hijrah Nabi Musa ke tempat Madyan, atas cadangan seorang lelaki yang mengetahui ada pakatan bunuh terhadap Nabi Musa. Selain Nabi Ibrahim dan Nabi Musa, Nabi Noh juga diperintahkan berhijrah kerana akan berlaku banjir besar.

Bagaimanapun dalam konteks hari ini, hijrah yang disambut setiap tahun pula lebih kepada memperingati peristiwa penghijrahan Rasulullah dan sahabat dari Kota Makkah al-Mukarramah ke Kota Madinah al-Munawwarah. Peristiwa hijrah tersebut menyingkap satu perjuangan yang ‘pantang menyerah atau mengaku kalah’ di samping ia menjadi garisan pemisah di antara kebenaran dan kebatilan. Ia juga diibaratkan sebagai satu jambatan yang menghubungkan antara dua tahap masa perjuangan Nabi iaitu, pertama di Makkah selama 13 tahun, dan kedua, di Madinah selama 10 tahun.

Ini bermakna Rasulullah berhijrah bukan untuk lari atau meninggalkan medan perjuangan, sebaliknya meneruskan perjuangan. Malah, hijrah memberikan harapan dan membayangkan keberhasilan perjuangan pada masa hadapan. Justeru, hijrah adalah tonggak perjuangan yang sangat bermakna. Hijrah juga fajar kemenangan yang menentukan kemenangan demi kemenangan perjuangan Nabi. Rasulullah dan sahabat berhijrah dari Makkah ke Madinah demi menyahut panggilan dan keimanan.

Dalam erti kata lain, hijrah itu berlaku atas dorongan iman yang kuat dan suci. Tanpa iman, pasti mereka akan berasa berat untuk meninggalkan keluarga, sanak saudara, kampung halaman dan kota kelahiran. Namun, demi mempertahankan cita-cita luhur yang lahir daripada iman kepada Allah dan Rasul-Nya, ia menguatkan semangat mereka untuk berhijrah. Mereka juga menyedari bahawa tanpa pengorbanan dan perjuangan kental, hasrat atau cita-cita murni itu pasti terkubur. Justeru, mereka bersiap sedia untuk berjihad dengan ikhlas kerana Allah. Mereka berhijrah demi memenuhi panggilan iman, mempertahan dan mencapai cita-cita murni itu. Mereka menghadapi apa sahaja rintangan, tekanan dan pelbagai kesulitan dalam perjalanan jihad itu dengan penuh sabar, tabah dan keteguhan hati. Hijrah Nabi dan sahabatnya bukan bererti menjadi orang yang kalah atau tersingkir. Hijrah yang penuh tentangan dan halangan itu memberi mereka peluang untuk meraih kemenangan.

Peristiwa hijrah juga memperlihatkan banyak kebijaksanaan Rasulullah. Ia menunjukkan bagaimana Nabi mengutamakan masjid, iaitu mendirikan masjid pertama di Madinah di satu tempat bernama Quba’ yang akhirnya dikenali sebagai Masjid Quba’. Ia juga memperlihatkan fungsi kepentingan masjid dalam Islam. Masjid kedua yang didirikan Nabi ialah Masjid Nabawi.

Seterusnya, kebijaksanaan baginda yang kedua ialah mempersaudarakan dua golongan, iaitu kaum Muhajirin (sahabat Nabi yang sama-sama berhijrah dari Makkah ke Madinah) dan kaum Ansar, yang bersedia menerima kedatangan mereka di Madinah. Baginda juga berusaha mengadakan beberapa kesepakatan dengan golongan Yahudi dan Nasrani di Madinah untuk mewujudkan suasana aman damai dan harmoni.

Melihat kepada perancangan baginda, marilah kita sama-sama mencontohi semangat hijrah yang terkandung padanya banyak hikmah dan iktibar. Antara teladan yang boleh dipelajari daripada hijrah Nabi ialah komitmen baginda memperbaiki dan membangunkan ummah, yakni membangun ummah beriman, bertakwa, bersaudara, bergotong royong, saling membantu dan hidup dalam damai dan harmoni, dengan umat beragama lain. Hijrah baginda bukan untuk kerehatan tetapi meneruskan perjuangan dakwah, kerja keras dan berkorban demi kebaikan ummah. Inilah masanya untuk umat Islam di Malaysia untuk menghayati roh hijrah ini untuk diaplikasikan dalam konteks semasa iaitu untuk membina semula kegemilangan tamadun Islam. Tamadun Islam tidak dapat dibina dengan hanya slogan-slogan indah atau retorik-retorik manis semata-mata, sebaliknya ia menuntut satu jihad, pengorbanan, kesungguhan dan komitmen yang jitu untuk menjulang panji-panji Islam ke persada dunia.

Hijrah juga mengajar makna perpaduan. Cuba renungkan kejayaan Rasulullah menyatukan dua kumpulan yang sebelum itu saling bermusuhan, iaitu Aus dan Khazraj. Atas nama persaudaraan dan demi kasih sayang kepada Allah, dua kumpulan ini akhirnya dapat disatukan. Dalam konteks kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia yang menyaksikan pelbagai ras, bangsa dan kaum, maka amat wajar umat Islam di Malaysia mempamerkan semangat toleransi dan rahmah sejajar dengan Islam sebagai al-Din yang amat menitik beratkan soal kedamaian sejagat dan kesejahteraan ummah.

Justeru, Islam dari awal-awal lagi menganjurkan umat Islam agar bekerjasama dan bertoleransi antara satu sama lain dalam memakmurkan bumi Allah ini. Bumi Allah ini adalah milik semua makhluk yang diciptakan Allah dan ia bukan milik atau kepunyaan istimewa satu-satu kaum atau bangsa-bangsa tertentu. Malah kesemuanya diberikan hak dan keistimewaan yang sama rata untuk sama-sama mendiami alam ini di samping untuk memakmurkannya ke arah kejayaan dan kebahagiaan sejagat.

Oleh itu, Islam melarang keras sebarang bentuk penindasan, kezaliman, kekejaman atau permusuhan dengan bangsa lain biarpun berlainan akidah dan kepercayaannya, sedangkan Islam adalah al-Din yang bersifat rahmat kepada sekalian alam sebagaimana firman Allah dalam surah al-Anbia, ayat 107 maksudnya: Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam -

Saturday, December 12, 2009

Baktisiswa Perdana, Perjalanan Pulang





Tarikh:12 Disember 2009
Masa: 4 petang
Tempat Kejadian: Rawang, Selangor
Mangsa Kejadian: Peserta & Pemandu Bas

Dalam perjalanan balik ke Universiti Sains Malaysia, Penang. Bas yang memuatkan kira - kira 39 orang penumpang tiba - tiba kedengaran satu bunyi letupan yang kuat. Pemandu bas menghentikan bas di sisi lebuhraya untuk melihat apa yang belaku. Namun setelah memeriksa didapati tiada sebarang masalah yang berlaku pada bas tersebut.

Perjalanan diteruskan. Bas singgah di R & R Rawang untuk sesi makan tengah hari dan solat. Akhirnya, pemandu bas mengesahkan bahawa tayar bas belakang didapati pancit. Setelah semua peserta naik semula, bas bergerak ke bengkel untuk menukar tayar.

Alhamdulillah, jam 5 petang bas dapat bergerak semula bagi meneruskan perjalanan ke bumi uSm. Peserta selamat sampai ke Desasiswa Indah Kembara, uSm pada 10.30malam.

Friday, December 11, 2009

Baktisiswa Perdana, Kenduri Sekampung









Tarikh: 11 Disember 2009
Masa: 8 pagi
Tempat: Balai Raya Orang Ramai Kampung Gua
Penyertaan: Peserta & Penduduk Kampung

Friday, November 27, 2009

Salam Aidiladha 1430H


TINGGINYA NILAI PENGORBANAN
Korban di dalam Islam bukanlah perkara baru. Sejarah bermula sejak peristiwa pertikaian Qabil dan Habil lagi, di mana Allah SWT mensyaratkan kepada mereka untuk menyediakan sembelihan bagi mengadili siapa yang lebih berhak memiliki Iklima. Tentu sekali yang lebih ikhlas dengan Allah SWT dengan menyediakan binatang yang terbaik untuk dikorbankan diterima oleh Allah SWT. Namun nilainya perlu dibayar dengan nyawa.

Kemuncak peristiwa Korban adalah kisah Nabi Adam a.s yang telah diarah untuk menyembelih Nabi Ismail a.s putera yang disayangi baginda. Bayangkan, sebelum Ismail dilahirkan lagi Nabi Ibrahim a.s telah meninggalkannya dengan suruhan dari Allah SWT dan hanya dapat melihat kembali anak kesayangan baginda apabila si anak telah menjadi seorang kanak-kanak yang rupawan. Namun dugaan Allah SWT masih belum terhenti, malah kali ini lebih berat apabila Nabi Ibrahim a.s diperintahkan pula untuk menyembelih Ismail a.s.

Kisah ini turut dialami oleh ayahanda baginda s.a.w Abdullah bin Abdul Mutallib apabila kelahiran beliau perlu ditebus dengan 100 ekor unta bagi menggantikan nyawanya. Ini adalah kerana Abdul Mutallib telah dikurniakan dengan 12 orang anak lelaki dan ketika isteri beliau hamil untuk kali ke 13, Abdul Mutallib telah bernazar jika dikurniakan seorang lagi anak lelaki, anak ini akan dikorbankan untuk tuhan.

Tiga kisah di atas menunjukkan betapa besarnya nilai sesuatu korban dilaksanakan. Ianya melibatkan hati dan perasaan, keikhlasan dan menerima sesuatu dari Allah SWT dengan terbuka dan penuh tawakkal.

Nilai-nilai ini perlu dihayati semula dalam pelaksanaan korban kepada Allah SWT semasa hari Nahr dan Tasyrik. Bukan setakat bermaksud menyembelih kambing, lembu atau unta semata-mata, tetapi Allah SWT inginkan ketinggian nilai dari perbuatan itu, sebagaimana contoh korban yang telah ditunjukkan oleh umat-umat terdahulu.

Salam Aidiladha;
Buat seluruh penghuni Desasiswa Indah Kembara
Semoga Aidiladha kali ini membawa sejuta pengertian buat semua.

Monday, November 23, 2009

Ada Apa Dengan Program uSm

USM dipilih jaya program kemasyarakatan

GEORGETOWN: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan bekerjasama dengan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk menjayakan program kemasyarakatannya.

Sebagai permulaan, universiti Apex negara, Universiti Sains Malaysia (USM) dipilih untuk menjayakan kerjasama berkenaan untuk faedah semua pihak.

Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata pemilihan USM kerana kementerian mendapati universiti berkenaan gigih melaksanakan program pembangunan kemasyarakatan sepanjang tahun.

Katanya, program yang dijalankan USM banyak memberi manfaat dan pembangunan kepada golongan sasar yang dikenal pasti dari segi ekonomi, kesihatan, gender, pendidikan dan golongan terpinggir.

"Saya akan mulakan dengan USM selepas mendapati universiti itu mencatatkan rekod baik dalam menjalankan program komuniti lebih 40 tahun," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perhubungan Komuniti Universiti (UCEC) 2009 dan melancarkan buku bertajuk Journeying With Industry: 40 Years... An Unwavering Commitment terbitan USM di sini, semalam. Hadir sama, Naib Canselor USM, Prof Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak dan Timbalan Naib Canselor, (Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat), Prof Lim Koon Ong.

dipetik: Berita Harian, 24 November 2009

Friday, November 20, 2009

Selamat Bercuti

Akhirnya 20 November 2009. Tamat sudah peperiksaan semester I Sidang 2009 / 2010
bagi semua pelajar Universiti Sains Malaysia.
Sunyi sepi kampus seluruh kampus selepas ini sebelum pelajar - pelajar jarak jauh datang dan menghadapi peperiksaan pula.

Tulus ikhlas buat seluruh penghuni - penghuni Desasiswa Indah Kembara:
Selamat Bercuti,
Semoga memanfaatkan percutian dengan aktiviti yang berfaedah,
Semoga bergembira bersama keluarga yang tersayang,
dan
Semoga semua berada dibawah lindunganNYA. Amin

Bersama - sama kita mendoakan agar mendapat keputusan peperiksaan yang
baik dan cemerlang. Insyaallah.

Buat Majlis Penghuni Desasiswa Indah Kembara;
Selamat kembali semula ke uSm untuk Baktisiswa Perdana di Pahang
pada 29 November sehingga 13 Disember 2009.
Semoga bergembira dan dapat menimba banyak pengalaman baru
sepanjang Baktisiswa Perdana.
All da Best.

Tuesday, November 10, 2009

Salam Takziah


10 November 2009 bersamaan 23 Zulkaedah 1430H. Seorang penghuni Desasiswa Indah Kembara telah kehilangan seorang insan yang bergelar ayah di dunia ini. Diharap beliau tabah dalam merestui pemergian ayahanda yang tercinta kerana ALLAH lebih menyayangi Arwah.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada ketua - ketua blok LO6 (Hairunnisa Nadia), LO7 (Zuliana Zulkepli), L11 (Mohd Kamarul Azani) & semua ketua - ketua aras yang sanggup meluangkan masa, bertindak mengutip derma khairat kematian sekalipun mempunyai peperiksaan pada keesokkan harinya. Semoga pertolongan yang ikhlas ini mendapat keberkatan dalam peperiksaan. Insyaallah. Jumlah kutipan yang diperolehi = RM 58 (LO6), RM 216 (LO7), RM117 (L11) = RM391. Diharap sumbangan ikhlas daripada seluruh penghuni
Desasiswa Indah Kembara ini sedikit sebanyak dapat membantu.

Sehubungan dengan ini, Majlis Penghuni Desasiswa Indah Kembara mengucapkan
Salam Takziah kepada pelajar tersebut dan keluarga.
Semoga roh arwah di cucuri rahmat & di tempatkan dikalangan orang - orang yang BERIMAN. Amin.

~ al - Fatihah ~

" Wahai orang-orang yang beriman ! Janganlah kamu dilalaikan oleh harta kamu & anak-anak kamu daripada mengingati Allah . Maka barangsiapa yang melakukan yang demikian , maka mereka itulah orang-orang yang rugi . Dan berbelanjalah dari rezeki yang Kami kurniakan kamu sebelum mati datang kepada seseorang kamu, lalu akan berkatalah dia : Tuhanku ! Kalaulah boleh Engkau menangguhkan matiku sedikit masa lagi ,niscaya aku akan memberi sedekah , dan aku akan menjadi dari orang-orang yang mengerjakan kebaikan. Dan Tuhan tiada akan memberi tangguh kepada sesuatu jiwa ,apabila telah sampai ajalnya, dan Allah Maha Mengetahui terhadap segala yang kamu kerjakan "

Sunday, November 8, 2009

DEBAT PIALA NAIB CANSELOR


Pada kali ini, Desasiswa Indah Kembara akan menjadi tuan rumah bagi Pertandingan Debat Piala Naib Canselor(DPNC) yang akan dilaksanakan pada semester hadapan. MPDIK kali ini menggunakan pendekatan berbeza dalam melaksanakan projek dimana penghuni Desasiswa Indah Kembara diberi peluang untuk menyertai sekreteriat DPNC. Jika ada yang berminat, anda boleh menghubungi nombor yang disertakan di atas poster di papan kenyataan sekitar desa.
iK DiHaTiKu :)

Sunday, November 1, 2009

Salam Peperiksaan 2009 / 2010


Peperiksaan akhir semester muncul lagi..
Saat yang paling ditakuti dan digeruni.
Kepada seluruh masyarakat DESASISWA INDAH KEMBARA terutamanya
pelajar APEX (tahun pertama);
Selamat menghadapi peperiksaan.
Selamat berjuang berhabis - habisan.
Jaga Kesihatan, Jangan Lupa Makan.
& Semoga Allah memberkati perjuangan hambaNYA kali ini. Amin

Pesanan penting kepada Majlis Penghuni Desasiswa Indah Kembara;
Ucapan Penggawa GOOD LUCK EXAM!!!!
Penggawa dan Pihak Pengurusan mahukan semua Exco termasuk Majlis Tertinggi
mendapat 3.0 ke atas.
Keputusan akan disemak secara teliti pada mesyuarat pertama semester II 2010.
All da Best :D

Saturday, October 31, 2009

Lestari Seni Islam, 30 Oktober 2009



Pada 30 September 2009, Desasiswa telah menghantar penyertaan dalam Lestari Seni Islam atau dahulunya dikenali Program Tilawah Al- Quran di Kampus Kejuruteraan Transkrian, Universiti Sains Malaysia. Qari dan Qariah Desasiswa Indah Kembara kali ini merupakan wakil daripada PALAPES DARAT. Qari iaitu PRK Dzul Affandi Roslan manakala Qariah ialah PRM Sabrinna Bt Amat Dusin. Desasiswa Indah Kembara turut menghantar pasukan penyokong yang teramai ke Kampus Kejuruteraan kali ini yang terdiri daripada penghuni -penghuni dan Majlis Penghuni Desasiswa Indah Kembara sebanyak sebuah bas. Walaupun tidak berjaya memperoleh kemenangan dalam Lestari Seni Islam 2009, namun persembahan yang baik dipamerkan oleh kedua - dua peserta. Syabas dan Tahniah di ucapkan. Semoga berusaha lagi pada masa akan datang~

Monday, October 12, 2009

Perkampungan 1Malaysia = Part 2



Tunggu punya tunggu. Ku sangkakan pelajar daripada universiti - universiti lain yang akan tiba di Desasiswa Indah Kembara sempena Perkampungan 1Malaysia. Rupa - rupanya, adik - adik daripada sekolah rendah yang tiba. he3~ Sampai jerk adik - adik yang dibawa oleh L.O induk ke Bilik Mesyuarat Desasiswa Indah Kembara, keadaan bilik dari tenang menjadi seperti "pusat asuhan kanak - kanak". he3~

Susah jugak nak kendalikan budak - budak ni!!! emmmm selesai hubungi abang - abang dan kakak - kakak angkat masing - masing. Tilam, bantal, cadar dan t-shirt 1Malaysia diberikan. dan selesai tepat jam 1.30petang. Seramai 60 orang para pelajar dari Sekolah Kebangsaan Sungai Acheh. Jumlah Sukarelawan daripada Desasiswa Indah Kembara seramai 150 orang. Oleh yang demikian tidak kesemua sukarelawan menerima adik - adik angkat. Sejuta kemaafan daripada pihak sekretariat. Tahun depan kalau ada lagi program seperti ini, insyaallah. Semua yang memberi nama akan dipastikan menerima kawan / adik yang baru. Teruskan menyertai aktiviti universiti dan desa.

Macam mana keadaan adik - adik ni??? bersambung di part 3. Wassalam

Saturday, October 10, 2009

Perkampungan 1Malaysia = Part 1




Perkampungan 1Malaysia: Desasiswa Indah Kembara memberikan lebih 150 nama sukarelawan sempena Perkampungan 1Malaysia yang berlangsung pada 9-11 Oktober 2009. Sukarelawan ini terdiri dari kalangan penghuni, PALAPES DARAT, PALAPES LAUT dan Warga Majlis Penghuni Desasiswa Indah Kembara sendiri. Sukarelawan ini akan menerima rakan daripada IPTA /IPTS / Sek Rendah / Sekolah Menengah di bilik masing - masing sepanjang tempoh tersebut. Sukarelawan turut dibekalkan dengan T-Shirt 1Malaysia.

Disamping menerima teman baru. Sukarelawan yang dapat menjalinkan persahabatan, membuka jaringan komunikasi yang baru dan mengeratkan silaturahim antara peserta dari IPTA /IPTS / Sek Rendah / Sekolah Menengah tetapi turut memupuk perpaduan dikalangan belia. Hal ini sejajar dengan tujuan dan objektif perkampungan 1Malaysia.

Penyertaan yang diterima di kalangan penghuni sungguh menggalakkan, sehingga masih ada yang mahu memberi nama sekalipun sesi penyerahan nama sebagai sukarelawan telah ditutup. Yang di Pertua Majlis Penghuni Desasiswa Indah Kembara, Mohd Shazwan Naning berharap para penghuni akan terus memberikan penyertaan yang aktif ini untuk semua program / aktiviti / projek Majlis Penghuni Desasiswa Indah Kembara, Desasiswa mahupun Universiti.

Friday, October 9, 2009

Perkampungan 1Malaysia

Perkampungan 1Siswa 1Malaysia adalah satu-satunya program di negara ini yang menyediakan ruang khusus buat mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi untuk menghayati dan meneliti peranan serta sumbangan yang boleh mereka berikan di dalam menjayakan gagasan besar 1Malaysia hasil ilham Y.A.B. Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Selain menekankan kepada konsep perpaduan, ia juga telah dibentuk dengan rapi dan teratur bagi melahirkan generasi muda mahasiswa yang berupaya menerima keunikan kaum lain yang berada di negara ini dan juga di seluruh pelusuk dunia.

Program perintis 1Siswa 1Malaysia berlangsung di Universiti Sains Malaysia yang mengumpulkan lebih 1,500 pelajar IPT dari seluruh negara.

Uniknya, program yang bermula sejak 9 Oktober ini bukan sahaja dimonopoli oleh IPT Awam tetapi turut juga menarik penyertaan IPT Swasta.

Lebih 3,000 orang pelajar membanjiri Padang Kawad USM, lokasi di mana program Handshake: A Malaysian Culture ini diadakan. Program Handshake yang diadakan sempena dengan Perkampungan 1Siswa 1Malaysia juga cukup unik kerana kaya dengan himpunan pelbagai budaya masyarakat di negara ini.Lebih unik lagi, kita berpeluang menyaksikan sendiri bagaimana pelajar antarabangsa dari pelbagai negara di benua Asia dan Eropah menghayati budaya tempatan dengan cara mempersembahkannya kembali kepada pelajar-pelajar tempatan. Sejumlah 5,000 pelita dan 400 tanglung dinyalakan serentak dalam program ini. Inilah semangat yang diingini kerana ini membuktikan bahawa budaya-budaya dan kefahaman yang berbeza ini boleh berlangsung serentak dalam persekitaran yang sama dan semua orang boleh menerimanya dengan semangat toleransi.

Perkampungan 1Siswa 1 Malaysia adalah program pertama seumpamanya yang diadakan di negara ini bagi menghimpunkan mahasiswa dalam skala yang besar bagi membentuk frequensi pemikiran yang serupa ke arah menambah keutuhan negara.

dipetik drpd: Bahagian Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar, Universiti Sains Malaysia

Tuesday, October 6, 2009

Program Perkampungan 1 Malaysia

Seiring dengan hasrat kerajaan di bawah kepimpinan Yg. Bhg. Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia iaitu 1Malaysia, Universiti Sains Malaysia bersama Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dengan kerjasama IPTA & IPTS Zon Utara Malaysia akan menganjurkan Program Perkampungan 1Siswa 1Malaysia seperti berikut

Tarikh : 8 - 11 Oktober 2009 (Khamis - Ahad)
Tempat : Kampus Induk, USM, Pulau Pinang
Masa : rujuk pada Direktori 1Siswa 1Malaysia

Pelbagai aktiviti dan program menarik telah disediakan untuk semua peserta dan pengunjung bermatlamatkan pengukuhan perpaduan kebangsaan dalam kalangan rakyat Malaysia amnya dan warga institut pengajian tinggi khususnya.

Maklumat lanjut terdapat pada Direktori 1Siswa 1Malaysia atau hubungi Bahagian Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar 04-6577053/7888 sambungan 3106 atau 3835

Semua dijemput hadir untuk memeriahkan Program Perkampungan 1Siswa 1Malaysia.

Monday, August 3, 2009

Majlis Penghuni Desasiswa Indah Kembara Sidang 2009 / 2010

MAJLIS PENGHUNI DESASISWA INDAH KEMBARA SIDANG 2009 / 2010


Yang Di Pertua : Mohd Shazwan Naning

Naib Yang Di Pertua : Noor Shazwani Mohd Saad

Setiausaha Agong : Norhayati Mustafa

Bendahari : Siti Norazmira Binti Hushin

Exco – Exco :

Rekreasi

: Mohamad Hafiz Ahmad

: Noraini Man

Keusahawanan & Korporat

: Noor Zuliana Bt. Ramlay

: Nur Shafeka Abdul Rashid

: Nuraini Bt Ya

Publisiti & Multimedia

: Sara Ayuni Hamdan

: Nur Izzah Iryani Binti Mohd Radzi

Akademik & Pembangunan Siswa

: Norliyana Binti Abdul Hamid

: Siti Fatimah Mohd Abbas

: Norain Mohd Yunus

: Mohammad Syahizad Adzidzi

Kebajikan & Modal Insan

: Hairunnissa Nadia Binti Mohd Hassin

: Nur Zuliana Bt. Zulkipeli

: Mohd Kamarul Bin Abdul Aziz

My CSD

: Vithya Ganesan

: Nur Akmarina Binti Sazali

Sukan

: Nur Khairunnisa Leman

: Marzuki Ramli

: Goh Fong Jing

: Norazlina Bt Supian

Kebudayaan, Kesenian & Warisan

: Nur Izzaty Binti Mat Daud

: Yap Ken Vun

: Roshidah Binti Ghazali

Palapes Darat

: Dzul Affandi Bin Roslan

: Sabrinna Bt. Amat Dusin

Palapes Laut

: Nik Ismail Bukhari B Nik Mansoor

: Nor Haida Bt. Hashim

Monday, July 20, 2009

Pembubaran Majlis Penghuni Desasiswa Indah Kembara Sidang 2008 / 2009

Pada 20 Julai, satu mesyuarat pembubaran Majlis Penghuni Desasiswa Indah Kembara telah diadakan. Setinggi - tinggi ucapan penghargaan dan tahniah diucapkan kepada Majlis Tertinggi & Semua Exco yang terlibat menjayakan semua program / aktiviti / projek pada sidang 2008 / 2009. Semoga Majlis Penghuni Desasiswa Sidang 2009 / 2010 yang akan dibentuk tidak lama lagi akan menjadi lebih baik.

~Bersama - sama menjayakan ASPIRASI universiti & Melestarikan hari Esok~