Monday, November 23, 2009

Ada Apa Dengan Program uSm

USM dipilih jaya program kemasyarakatan

GEORGETOWN: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan bekerjasama dengan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk menjayakan program kemasyarakatannya.

Sebagai permulaan, universiti Apex negara, Universiti Sains Malaysia (USM) dipilih untuk menjayakan kerjasama berkenaan untuk faedah semua pihak.

Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata pemilihan USM kerana kementerian mendapati universiti berkenaan gigih melaksanakan program pembangunan kemasyarakatan sepanjang tahun.

Katanya, program yang dijalankan USM banyak memberi manfaat dan pembangunan kepada golongan sasar yang dikenal pasti dari segi ekonomi, kesihatan, gender, pendidikan dan golongan terpinggir.

"Saya akan mulakan dengan USM selepas mendapati universiti itu mencatatkan rekod baik dalam menjalankan program komuniti lebih 40 tahun," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perhubungan Komuniti Universiti (UCEC) 2009 dan melancarkan buku bertajuk Journeying With Industry: 40 Years... An Unwavering Commitment terbitan USM di sini, semalam. Hadir sama, Naib Canselor USM, Prof Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak dan Timbalan Naib Canselor, (Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat), Prof Lim Koon Ong.

dipetik: Berita Harian, 24 November 2009

No comments:

Post a Comment