Friday, November 27, 2009

Salam Aidiladha 1430H


TINGGINYA NILAI PENGORBANAN
Korban di dalam Islam bukanlah perkara baru. Sejarah bermula sejak peristiwa pertikaian Qabil dan Habil lagi, di mana Allah SWT mensyaratkan kepada mereka untuk menyediakan sembelihan bagi mengadili siapa yang lebih berhak memiliki Iklima. Tentu sekali yang lebih ikhlas dengan Allah SWT dengan menyediakan binatang yang terbaik untuk dikorbankan diterima oleh Allah SWT. Namun nilainya perlu dibayar dengan nyawa.

Kemuncak peristiwa Korban adalah kisah Nabi Adam a.s yang telah diarah untuk menyembelih Nabi Ismail a.s putera yang disayangi baginda. Bayangkan, sebelum Ismail dilahirkan lagi Nabi Ibrahim a.s telah meninggalkannya dengan suruhan dari Allah SWT dan hanya dapat melihat kembali anak kesayangan baginda apabila si anak telah menjadi seorang kanak-kanak yang rupawan. Namun dugaan Allah SWT masih belum terhenti, malah kali ini lebih berat apabila Nabi Ibrahim a.s diperintahkan pula untuk menyembelih Ismail a.s.

Kisah ini turut dialami oleh ayahanda baginda s.a.w Abdullah bin Abdul Mutallib apabila kelahiran beliau perlu ditebus dengan 100 ekor unta bagi menggantikan nyawanya. Ini adalah kerana Abdul Mutallib telah dikurniakan dengan 12 orang anak lelaki dan ketika isteri beliau hamil untuk kali ke 13, Abdul Mutallib telah bernazar jika dikurniakan seorang lagi anak lelaki, anak ini akan dikorbankan untuk tuhan.

Tiga kisah di atas menunjukkan betapa besarnya nilai sesuatu korban dilaksanakan. Ianya melibatkan hati dan perasaan, keikhlasan dan menerima sesuatu dari Allah SWT dengan terbuka dan penuh tawakkal.

Nilai-nilai ini perlu dihayati semula dalam pelaksanaan korban kepada Allah SWT semasa hari Nahr dan Tasyrik. Bukan setakat bermaksud menyembelih kambing, lembu atau unta semata-mata, tetapi Allah SWT inginkan ketinggian nilai dari perbuatan itu, sebagaimana contoh korban yang telah ditunjukkan oleh umat-umat terdahulu.

Salam Aidiladha;
Buat seluruh penghuni Desasiswa Indah Kembara
Semoga Aidiladha kali ini membawa sejuta pengertian buat semua.

Monday, November 23, 2009

Ada Apa Dengan Program uSm

USM dipilih jaya program kemasyarakatan

GEORGETOWN: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan bekerjasama dengan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk menjayakan program kemasyarakatannya.

Sebagai permulaan, universiti Apex negara, Universiti Sains Malaysia (USM) dipilih untuk menjayakan kerjasama berkenaan untuk faedah semua pihak.

Menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata pemilihan USM kerana kementerian mendapati universiti berkenaan gigih melaksanakan program pembangunan kemasyarakatan sepanjang tahun.

Katanya, program yang dijalankan USM banyak memberi manfaat dan pembangunan kepada golongan sasar yang dikenal pasti dari segi ekonomi, kesihatan, gender, pendidikan dan golongan terpinggir.

"Saya akan mulakan dengan USM selepas mendapati universiti itu mencatatkan rekod baik dalam menjalankan program komuniti lebih 40 tahun," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perhubungan Komuniti Universiti (UCEC) 2009 dan melancarkan buku bertajuk Journeying With Industry: 40 Years... An Unwavering Commitment terbitan USM di sini, semalam. Hadir sama, Naib Canselor USM, Prof Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak dan Timbalan Naib Canselor, (Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat), Prof Lim Koon Ong.

dipetik: Berita Harian, 24 November 2009

Friday, November 20, 2009

Selamat Bercuti

Akhirnya 20 November 2009. Tamat sudah peperiksaan semester I Sidang 2009 / 2010
bagi semua pelajar Universiti Sains Malaysia.
Sunyi sepi kampus seluruh kampus selepas ini sebelum pelajar - pelajar jarak jauh datang dan menghadapi peperiksaan pula.

Tulus ikhlas buat seluruh penghuni - penghuni Desasiswa Indah Kembara:
Selamat Bercuti,
Semoga memanfaatkan percutian dengan aktiviti yang berfaedah,
Semoga bergembira bersama keluarga yang tersayang,
dan
Semoga semua berada dibawah lindunganNYA. Amin

Bersama - sama kita mendoakan agar mendapat keputusan peperiksaan yang
baik dan cemerlang. Insyaallah.

Buat Majlis Penghuni Desasiswa Indah Kembara;
Selamat kembali semula ke uSm untuk Baktisiswa Perdana di Pahang
pada 29 November sehingga 13 Disember 2009.
Semoga bergembira dan dapat menimba banyak pengalaman baru
sepanjang Baktisiswa Perdana.
All da Best.

Tuesday, November 10, 2009

Salam Takziah


10 November 2009 bersamaan 23 Zulkaedah 1430H. Seorang penghuni Desasiswa Indah Kembara telah kehilangan seorang insan yang bergelar ayah di dunia ini. Diharap beliau tabah dalam merestui pemergian ayahanda yang tercinta kerana ALLAH lebih menyayangi Arwah.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada ketua - ketua blok LO6 (Hairunnisa Nadia), LO7 (Zuliana Zulkepli), L11 (Mohd Kamarul Azani) & semua ketua - ketua aras yang sanggup meluangkan masa, bertindak mengutip derma khairat kematian sekalipun mempunyai peperiksaan pada keesokkan harinya. Semoga pertolongan yang ikhlas ini mendapat keberkatan dalam peperiksaan. Insyaallah. Jumlah kutipan yang diperolehi = RM 58 (LO6), RM 216 (LO7), RM117 (L11) = RM391. Diharap sumbangan ikhlas daripada seluruh penghuni
Desasiswa Indah Kembara ini sedikit sebanyak dapat membantu.

Sehubungan dengan ini, Majlis Penghuni Desasiswa Indah Kembara mengucapkan
Salam Takziah kepada pelajar tersebut dan keluarga.
Semoga roh arwah di cucuri rahmat & di tempatkan dikalangan orang - orang yang BERIMAN. Amin.

~ al - Fatihah ~

" Wahai orang-orang yang beriman ! Janganlah kamu dilalaikan oleh harta kamu & anak-anak kamu daripada mengingati Allah . Maka barangsiapa yang melakukan yang demikian , maka mereka itulah orang-orang yang rugi . Dan berbelanjalah dari rezeki yang Kami kurniakan kamu sebelum mati datang kepada seseorang kamu, lalu akan berkatalah dia : Tuhanku ! Kalaulah boleh Engkau menangguhkan matiku sedikit masa lagi ,niscaya aku akan memberi sedekah , dan aku akan menjadi dari orang-orang yang mengerjakan kebaikan. Dan Tuhan tiada akan memberi tangguh kepada sesuatu jiwa ,apabila telah sampai ajalnya, dan Allah Maha Mengetahui terhadap segala yang kamu kerjakan "

Sunday, November 8, 2009

DEBAT PIALA NAIB CANSELOR


Pada kali ini, Desasiswa Indah Kembara akan menjadi tuan rumah bagi Pertandingan Debat Piala Naib Canselor(DPNC) yang akan dilaksanakan pada semester hadapan. MPDIK kali ini menggunakan pendekatan berbeza dalam melaksanakan projek dimana penghuni Desasiswa Indah Kembara diberi peluang untuk menyertai sekreteriat DPNC. Jika ada yang berminat, anda boleh menghubungi nombor yang disertakan di atas poster di papan kenyataan sekitar desa.
iK DiHaTiKu :)

Sunday, November 1, 2009

Salam Peperiksaan 2009 / 2010


Peperiksaan akhir semester muncul lagi..
Saat yang paling ditakuti dan digeruni.
Kepada seluruh masyarakat DESASISWA INDAH KEMBARA terutamanya
pelajar APEX (tahun pertama);
Selamat menghadapi peperiksaan.
Selamat berjuang berhabis - habisan.
Jaga Kesihatan, Jangan Lupa Makan.
& Semoga Allah memberkati perjuangan hambaNYA kali ini. Amin

Pesanan penting kepada Majlis Penghuni Desasiswa Indah Kembara;
Ucapan Penggawa GOOD LUCK EXAM!!!!
Penggawa dan Pihak Pengurusan mahukan semua Exco termasuk Majlis Tertinggi
mendapat 3.0 ke atas.
Keputusan akan disemak secara teliti pada mesyuarat pertama semester II 2010.
All da Best :D