Saturday, October 31, 2009

Lestari Seni Islam, 30 Oktober 2009



Pada 30 September 2009, Desasiswa telah menghantar penyertaan dalam Lestari Seni Islam atau dahulunya dikenali Program Tilawah Al- Quran di Kampus Kejuruteraan Transkrian, Universiti Sains Malaysia. Qari dan Qariah Desasiswa Indah Kembara kali ini merupakan wakil daripada PALAPES DARAT. Qari iaitu PRK Dzul Affandi Roslan manakala Qariah ialah PRM Sabrinna Bt Amat Dusin. Desasiswa Indah Kembara turut menghantar pasukan penyokong yang teramai ke Kampus Kejuruteraan kali ini yang terdiri daripada penghuni -penghuni dan Majlis Penghuni Desasiswa Indah Kembara sebanyak sebuah bas. Walaupun tidak berjaya memperoleh kemenangan dalam Lestari Seni Islam 2009, namun persembahan yang baik dipamerkan oleh kedua - dua peserta. Syabas dan Tahniah di ucapkan. Semoga berusaha lagi pada masa akan datang~

Monday, October 12, 2009

Perkampungan 1Malaysia = Part 2



Tunggu punya tunggu. Ku sangkakan pelajar daripada universiti - universiti lain yang akan tiba di Desasiswa Indah Kembara sempena Perkampungan 1Malaysia. Rupa - rupanya, adik - adik daripada sekolah rendah yang tiba. he3~ Sampai jerk adik - adik yang dibawa oleh L.O induk ke Bilik Mesyuarat Desasiswa Indah Kembara, keadaan bilik dari tenang menjadi seperti "pusat asuhan kanak - kanak". he3~

Susah jugak nak kendalikan budak - budak ni!!! emmmm selesai hubungi abang - abang dan kakak - kakak angkat masing - masing. Tilam, bantal, cadar dan t-shirt 1Malaysia diberikan. dan selesai tepat jam 1.30petang. Seramai 60 orang para pelajar dari Sekolah Kebangsaan Sungai Acheh. Jumlah Sukarelawan daripada Desasiswa Indah Kembara seramai 150 orang. Oleh yang demikian tidak kesemua sukarelawan menerima adik - adik angkat. Sejuta kemaafan daripada pihak sekretariat. Tahun depan kalau ada lagi program seperti ini, insyaallah. Semua yang memberi nama akan dipastikan menerima kawan / adik yang baru. Teruskan menyertai aktiviti universiti dan desa.

Macam mana keadaan adik - adik ni??? bersambung di part 3. Wassalam

Saturday, October 10, 2009

Perkampungan 1Malaysia = Part 1




Perkampungan 1Malaysia: Desasiswa Indah Kembara memberikan lebih 150 nama sukarelawan sempena Perkampungan 1Malaysia yang berlangsung pada 9-11 Oktober 2009. Sukarelawan ini terdiri dari kalangan penghuni, PALAPES DARAT, PALAPES LAUT dan Warga Majlis Penghuni Desasiswa Indah Kembara sendiri. Sukarelawan ini akan menerima rakan daripada IPTA /IPTS / Sek Rendah / Sekolah Menengah di bilik masing - masing sepanjang tempoh tersebut. Sukarelawan turut dibekalkan dengan T-Shirt 1Malaysia.

Disamping menerima teman baru. Sukarelawan yang dapat menjalinkan persahabatan, membuka jaringan komunikasi yang baru dan mengeratkan silaturahim antara peserta dari IPTA /IPTS / Sek Rendah / Sekolah Menengah tetapi turut memupuk perpaduan dikalangan belia. Hal ini sejajar dengan tujuan dan objektif perkampungan 1Malaysia.

Penyertaan yang diterima di kalangan penghuni sungguh menggalakkan, sehingga masih ada yang mahu memberi nama sekalipun sesi penyerahan nama sebagai sukarelawan telah ditutup. Yang di Pertua Majlis Penghuni Desasiswa Indah Kembara, Mohd Shazwan Naning berharap para penghuni akan terus memberikan penyertaan yang aktif ini untuk semua program / aktiviti / projek Majlis Penghuni Desasiswa Indah Kembara, Desasiswa mahupun Universiti.

Friday, October 9, 2009

Perkampungan 1Malaysia

Perkampungan 1Siswa 1Malaysia adalah satu-satunya program di negara ini yang menyediakan ruang khusus buat mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi untuk menghayati dan meneliti peranan serta sumbangan yang boleh mereka berikan di dalam menjayakan gagasan besar 1Malaysia hasil ilham Y.A.B. Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Selain menekankan kepada konsep perpaduan, ia juga telah dibentuk dengan rapi dan teratur bagi melahirkan generasi muda mahasiswa yang berupaya menerima keunikan kaum lain yang berada di negara ini dan juga di seluruh pelusuk dunia.

Program perintis 1Siswa 1Malaysia berlangsung di Universiti Sains Malaysia yang mengumpulkan lebih 1,500 pelajar IPT dari seluruh negara.

Uniknya, program yang bermula sejak 9 Oktober ini bukan sahaja dimonopoli oleh IPT Awam tetapi turut juga menarik penyertaan IPT Swasta.

Lebih 3,000 orang pelajar membanjiri Padang Kawad USM, lokasi di mana program Handshake: A Malaysian Culture ini diadakan. Program Handshake yang diadakan sempena dengan Perkampungan 1Siswa 1Malaysia juga cukup unik kerana kaya dengan himpunan pelbagai budaya masyarakat di negara ini.Lebih unik lagi, kita berpeluang menyaksikan sendiri bagaimana pelajar antarabangsa dari pelbagai negara di benua Asia dan Eropah menghayati budaya tempatan dengan cara mempersembahkannya kembali kepada pelajar-pelajar tempatan. Sejumlah 5,000 pelita dan 400 tanglung dinyalakan serentak dalam program ini. Inilah semangat yang diingini kerana ini membuktikan bahawa budaya-budaya dan kefahaman yang berbeza ini boleh berlangsung serentak dalam persekitaran yang sama dan semua orang boleh menerimanya dengan semangat toleransi.

Perkampungan 1Siswa 1 Malaysia adalah program pertama seumpamanya yang diadakan di negara ini bagi menghimpunkan mahasiswa dalam skala yang besar bagi membentuk frequensi pemikiran yang serupa ke arah menambah keutuhan negara.

dipetik drpd: Bahagian Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar, Universiti Sains Malaysia

Tuesday, October 6, 2009

Program Perkampungan 1 Malaysia

Seiring dengan hasrat kerajaan di bawah kepimpinan Yg. Bhg. Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia iaitu 1Malaysia, Universiti Sains Malaysia bersama Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dengan kerjasama IPTA & IPTS Zon Utara Malaysia akan menganjurkan Program Perkampungan 1Siswa 1Malaysia seperti berikut

Tarikh : 8 - 11 Oktober 2009 (Khamis - Ahad)
Tempat : Kampus Induk, USM, Pulau Pinang
Masa : rujuk pada Direktori 1Siswa 1Malaysia

Pelbagai aktiviti dan program menarik telah disediakan untuk semua peserta dan pengunjung bermatlamatkan pengukuhan perpaduan kebangsaan dalam kalangan rakyat Malaysia amnya dan warga institut pengajian tinggi khususnya.

Maklumat lanjut terdapat pada Direktori 1Siswa 1Malaysia atau hubungi Bahagian Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar 04-6577053/7888 sambungan 3106 atau 3835

Semua dijemput hadir untuk memeriahkan Program Perkampungan 1Siswa 1Malaysia.