Friday, October 9, 2009

Perkampungan 1Malaysia

Perkampungan 1Siswa 1Malaysia adalah satu-satunya program di negara ini yang menyediakan ruang khusus buat mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi untuk menghayati dan meneliti peranan serta sumbangan yang boleh mereka berikan di dalam menjayakan gagasan besar 1Malaysia hasil ilham Y.A.B. Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Selain menekankan kepada konsep perpaduan, ia juga telah dibentuk dengan rapi dan teratur bagi melahirkan generasi muda mahasiswa yang berupaya menerima keunikan kaum lain yang berada di negara ini dan juga di seluruh pelusuk dunia.

Program perintis 1Siswa 1Malaysia berlangsung di Universiti Sains Malaysia yang mengumpulkan lebih 1,500 pelajar IPT dari seluruh negara.

Uniknya, program yang bermula sejak 9 Oktober ini bukan sahaja dimonopoli oleh IPT Awam tetapi turut juga menarik penyertaan IPT Swasta.

Lebih 3,000 orang pelajar membanjiri Padang Kawad USM, lokasi di mana program Handshake: A Malaysian Culture ini diadakan. Program Handshake yang diadakan sempena dengan Perkampungan 1Siswa 1Malaysia juga cukup unik kerana kaya dengan himpunan pelbagai budaya masyarakat di negara ini.Lebih unik lagi, kita berpeluang menyaksikan sendiri bagaimana pelajar antarabangsa dari pelbagai negara di benua Asia dan Eropah menghayati budaya tempatan dengan cara mempersembahkannya kembali kepada pelajar-pelajar tempatan. Sejumlah 5,000 pelita dan 400 tanglung dinyalakan serentak dalam program ini. Inilah semangat yang diingini kerana ini membuktikan bahawa budaya-budaya dan kefahaman yang berbeza ini boleh berlangsung serentak dalam persekitaran yang sama dan semua orang boleh menerimanya dengan semangat toleransi.

Perkampungan 1Siswa 1 Malaysia adalah program pertama seumpamanya yang diadakan di negara ini bagi menghimpunkan mahasiswa dalam skala yang besar bagi membentuk frequensi pemikiran yang serupa ke arah menambah keutuhan negara.

dipetik drpd: Bahagian Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar, Universiti Sains Malaysia

No comments:

Post a Comment