Friday, January 29, 2010

PILIHANRAYA KAMPUS

PILIHANRAYA MPPUSM: MOHAMAD NUR HAZIM RAIH UNDI TERBANYAK


PULAU PINANG, 29 Jan: Pelajar tahun dua Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Mohamad Nur Hazim Mazlan muncul calon Konstituensi Umum dengan undi terbanyak dalam Pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar USM bagi sesi 2009/1020.

Mohamad Nur Hazim memperolehi sejumlah 3,041 undi bagi pilihanraya kali ini.

Lima lagi calon yang berjaya meraih tempat bagi Konstituensi Umum ialah pelajar tahun dua Pusat Pengajian Sains Fizik, Ahmad Wafi Sahedan (2,856 undi),pelajar tahun satu Pusat Pengajian Teknologi Industri, Aishah Mohd Marsin (2,527 undi), pelajar tahun dua Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Abel Benjamin Lim (2,578 undi), pelajar tahun dua Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Bazilah Mohamad Zaki (2,356 undi) dan pelajar tahun dua Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Sivaneswari a/p Muniandy.

Keputusan diumumkan oleh Prof. Omar Osman, Pemangku Naib Canselor tepat pada jam 2.48 pagi di Dewan Utama Pelajar, USM, Pulau Pinang.

Menurut beliau, Kampus Induk USM mencatatkan jumlah peratusan pengundi sebanyak 65% manakala Kampus Kesihatan USM di Kubang Krian, Kelantan pada tahap 90%.

“Proses pengundian dan pengiraan undi dijalankan dengan cukup teliti dan telus. Ini kita rasakan cukup penting bagi memastikan semua pihak terlibat berpuas hati selain turut menjamin mutu pilihanraya yang kita adakan,” kata beliau.

Proses pengiraan undi bermula pada jam 8.00 malam dan berakhir sepenuhnya kira-kira jam 2.30 pagi.

~ASPIRASI mekar d bumi uSm~

Sunday, January 10, 2010

PARLIMEN MAHASISWA


Seperti yang umum ketahui, pada 7 Januari yang lalu,YDP MPP USM telah menyerahkan Kertas Cadangan Parlimen Mahasiswa USM kepada YB Dato' Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia. USM telah meminda Perlembagaan Universiti dan telah memasukkan Parlimen Mahasiswa ke dalam perlembagaan baru tersebut.

Menurut Mohammad Shafiq Bin Abdul Aziz, parlimen mahasiswa adalah satu platform untuk memperluaskan lagi skop mahasiswa supaya mahasiswa boleh bersuara. Penyekatan suara mahasiswa sebelum ini adalah disebabkan ketiadaan satu platform yang menyeluruh untuk mahasiswa bersuara. Dengan adanya parlimen mahasiswa, suara dari semua peringkat baik dari MPP, desasiswa-desasiswa, persatuan dan kelab akan dapat didengari dan yang paling penting suara mahasiswa diiktiraf oleh universiti.

Saudara Shafiq juga telah dijemput untuk membincangkan Proposal Parlimen Mahasiswa yang telah diserahkan kepada Dato' Saifuddin Abdullah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi di Astro Awani pada hari Isnin yang lalu (11 Januari), jam 8.15 malam.

~Tahniah diucapkan kepada MPP Pro-Aspirasi dibawah pimpinan saudara Shafiq~