Friday, April 30, 2010

MPDiK 2009/2010

Majlis Penghuni Desasiswa Indah Kembara sidang 2009/2010, dibawah kepimpinan Saudara Mohd Shazwan Bin Naning mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada penghuni IK yang telah banyak memberikan sumbangan kepada Desasiswa. Kemaafan juga dipohon sekiranya sepanjang 2 semester berkhidmat untuk Desasiswa IK ini, kami ada melakukan kesilapan atau menyinggung perasaan mana-mana pihak.

Terima kasih juga diucapkan kepada pihak pengurusan desasiswa yang banyak memberi tunjuk ajar dan ruang kepada kami dalam melaksanakan semua aktiviti. Tidak dilupa kepada Pihak Universiti, Majlis Perwakilan Pelajar dan semua Desasiswa USM yang tidak pernah lokek dalam membantu melancarkan segala urusan kami sepanjang sidang ini berlangsung. Jasa dan bantuan anda semua tidak dapat kami lupakan.

Diharap peneraju MPDIK sidang 2010/2011 yang akan datang dapat meneruskan kecemerlangan Desasiswa Indah Kembara dan memperbaiki lagi segala aktiviti mahupun program yang bakal dianjurkan.

~ Sayangi Indah Kembara ;) ~

DeBaT PiaLa NaiB CanSeLoR 2010 (DPNC 2010)

Desasiswa Indah Kembara telah diberi mandat untuk mengelolakan DPNC pada tahun ini. Bertemakan "Mahasiswa APEX Bergabung 1Malaysia diDokong", sebanyak 13 Desasiswa telah mengambil bahagian menyaksikan penubuhan buat pertama kalinya 'Swing Team' yakni pasukan yang diwujudkan sekadar untuk mencukupkan bilangan peserta.

Berikut merupakan senarai pemenang bagi DPNC kali ini
Juara Liga: Desasiswa Tekun
Pendebat liga terbaik: Saudara Khairol Azhar Abdul Jalil (Swing Team)
Johan: Desasiswa Fajar Harapan
Naib Johan: PETAS
Pendebat Terbaik: Saudara Muhammad Izhar Bin Salim (PETAS)


~TAHNIAH DIUCAPKAN~

Blog Desasiswa Indah Kembara mewakili seluruh tenaga kerja DPNC 2010 mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak yang membantu melancarkan DPNC pada kali ini. Penghargaan yang tidak terhingga juga diucapkan kepad Encik Nazru Hj. Ismail, Dr. Rahimah Hj. A. Hamid ( Ketua Hakim) dan Encik Tramizi Hussin (Timbalan K/Hakim). Jasamu dikenang ;)








PeSTa PaNTuN aNTaRa DeSaSiSWa (PADU 2010)

Pesta Pantun Antara Desasiswa (PADU 2010) anjuran Desasiswa Restu telah dijalankan pada 22, 23 dan 24 Januari 2010 yang lalu. Desasiswa Indah Kembara telah menghantar 4 orang wakil untuk berentap pada pertandingan tersebut.




Walaupun gagal meraih sebarang kedudukan, peserta desasiswa kita berjaya memberikan persaingan yang hebat.

p/s: Tahniah diucapkan kepada johan PADU 2010, iaitu desasiswa Bakti Permai.